PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER TERPAKAI

PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER TERPAKAI

 

penyerahan sumbangan komputer terpakai 1 penyerahan sumbangan komputer terpakai 2
penyerahan sumbangan komputer terpakai 3

15 Sep 2017 – BN Shipyard telah berbesar hati untuk memberi sumbangan komputer terpakai kepada lima buah sekolah di sekitar daerah Manjung. Sumbangan komputer terpakai ini merupakan sumbangan kali kedua bagi tahun ini.

Sebanyak 19 buah komputer telah disumbangkan kepada sekolah terbabit iaitu Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum, SJK (T) Ladang Sungai Wangi II, SJK (T) Ladang Walbrook, Tabika KEMAS Padang Tembak dan Tadika Kreatif Sitiawan.

UPACARA PENAMAAN DAN PELANCARAN KAPAL KOMBAT LITORAL 1 TLDM

 

 

UPACARA PENAMAAN DAN PELANCARAN KAPAL KOMBAT LITORAL 1 TLDM

 

lcs 1 launching 1

24 Ogos 2017 - Kapal Kombat Litoral (LCS) 1 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinamakan ‘Maharaja Lela’ telah dilancarkan di BN Shipyard dengan meriah dan jayanya.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal ini telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Pengarah Urusan  Kumpulan Boustead Holdings Bhd, Tan Sri Dato' Seri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Upacara pelancaran kapal LCS 1 ini menandakan kejayaan BN Shipyard dalam bidang pembuatan kapal serta membuktikan kemampuan dan keupayaan industri pertahanan maritim tempatan dalam membina dan menyiapkan kapal perang yang serba canggih dan berteknologi tinggi.

PROGRAM GLC EXPLORACE 2017

 

PROGRAM GLC EXPLORACE 2017

 

glc explorace 1 glc explorace 2glc explorace 3 glc explorace 4glc explorace 5 glc explorace 6

08 Ogos 2017 - GLC ExplorAce 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 8 Ogos yang lalu merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)dengan kerjasama UEM, Sime Darby dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).

Pada tahun ini, sekali lagi BN Shipyard membuka ruang pameran di acara ini dengan disertai  tiga vendor dalam Skim Program Pembangunan Vendor (PPV) iaitu AANS Technical Services Sdn. Bhd., Daya OCI Sdn. Bhd. dan Swis Resources Sdn. Bhd.

Seterusnya, penyertaan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah UrusanBN Shipyard, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Mohd Nor dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC), Tuan Haji Ahmad Nordin Mohammad semasa acara perasmian serta lawatan para menteri ke ruang pameran. 

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN 190 BUAH KOMPUTER TERPAKAI



MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN 190 BUAH KOMPUTER TERPAKAI

 

190 pc donation 1 190 pc donation 2190 pc donation 3 190 pc donation 4

16 Jun 2017 - Majlis penyerahan sumbangan 190 buah komputer terpakai telah dilaksanakan di BN Shipyard sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat ini.

Majlis sumbangan komputer terpakai ini telah dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam BN Shipyard dan dibantu oleh Jabatan Sistem Maklumat (ISD) BN Shipyard dan beberapa jabatan yang lain. Sebanyak 14 buah sekolah dan 3 buah organisasi bukan sekolah telah menerima sumbangan ini.

14 buah sekolah yang menerima sumbangan komputer terpakai ini ialah SK Seri Samudera, SMK Seri Samudera, SMK Dato’ Idris, SJK (T) Ganesa Viddayasalai, Maahad Tahfiz Al-Quran Wat Tarbiah Ad-Deeniah,  Ma’had Tahfiz Darul Furqon, Pusat Pengajian Hadiqatul Qurraa’, SK Simpang Empat, SJK (T) Mukim Pudut, Sekolah Rendah Islam Al- Ummah, Sekolah Rendah Agama Rakyat Al- Yunusiah, SRJK (T) Ayer Tawar, SMK Kg Dato’ Seri Kamaruddin dan Sekolah Rendah Al-Hidayah.

Seterusnya, lain-lain penerima pula ialah Pusat Jagaan Rumah Amal Haruman Kasih, PDK Nur Hidayah dan Surau An Nur Seri Manjung.